About Me
Kelahiran Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Seri Rejo Sari. Mendapat pengajian menengah di SAR Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok tahun 1990 hingga 1993 , kemudian melanjukan pelajaran ke Maahad Johor (SPM) tahun 1994 selama setahun. Oleh kerana terlalu berminat untuk mendalami pengajian agama, beliau telah berpindah ke SAR Madrasah Tarbiyah Mardziah, Panchor Kemumin, Kelantan pada tahun 1995. Pada tahun berikutnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir di Bidang Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadith & Ilmu Hadith . Pulang sebagai graduan pada tahun 2002. Telah berkeluarga dan telah mempunyai 3 orang cahaya mata….
Sekembali daripada Mesir, diamanahkan sebagai Setiausaha Kerja Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, kemudian dilantik menjadi Setiausaha Y.B Dr Mohd Ramli Md Kari (Adun Senggarang) . Dalam masa yang sama juga dilantik sebagai EXCO Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ) sebagai Tim. Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan DPPNJ. Oleh kerana minat yang mendalam serta mahir di bidang IT , pada tahun 2008 beliau telah diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah IT bagi mengendalikan Blog Pemuda Pas Johor (masih dalam pembinaan..Insya Allah akan ditukar kepada konsep yang baru..klik disini) ..Manakala di Kawasan Batu Pahat memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda & Pengerusi lajnah Tarbiyyah.
Aktif di bidang Ceramah & Kuliah di sekitar Negeri Johor…sekarang ini sepenuh masa dalam PAS di Negeri Johor.
Tinggalkan Komen
Komentar (1)