Akhbar Cetak akan pupus?

![]()

New York Times (NYT), akhbar yang berusia 159 tahun, akan mula mengenakan bayaran kepada pembaca. Mulai tahun depan, seseorang hanya boleh membaca sejumlah mukasurat NYT versi online; untuk mengakses selebihnya, sila bayar.
Keputusan itu dibuat kerana NYT berhadapan dengan masalah kemerosotan edaran (circulation) dan kekurangan pendapatan iklan. Pada tahun lalu, gaji wartawan NYT dipotong 5% dan 100 pekerja bilik berita ditamatkan perkhidmatan. NYT ialah akhbar ketiga terbesar edaran (928,000) di Amerika Syarikat; di belakang Wall Street Journal dan USA Today.
Dilema yang dihadapi oleh NYT bukanlah sesuatu yang baru dan terpinggir. Akhbar harian besar di Amerika Syarikat mengalami kemerosotan jualan purata sebanyak 15% pada tahun lepas. Outsell, sebuah firma penyelidikan, menjangkakan purata kemerosotan edaran akhbar Amerika Syarikat pada kadar 3.5% pada tahun ini. Jumlah edaran majalah juga merosot — dari Newsweek kepada Readers Digest.
Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation (ABC), edaran akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada tahun 2009 (Jun), ialah sekitar 160,000 (Berita Harian) dan 170,000 (Utusan Malaysia). Pada tahun 2006, edaran Utusan Malaysia ialah 213,000, manakala Berita Harian mencatatkan angka 203,000.
Adakah ini petanda bahawa semakin ramai yang tidak menyokong kerajaan? Sukar juga untuk memberikan tafsiran demikian. Ini adalah kerana, akhbar-akhbar ini jika dilihat dalam rangking alexa.com, menunjukkan jumlah pelawat yang masih popular. Mungkin yang terlebih hampir ialah, peralihan daripada media cetak kepada media online.
Namun demikian, jika sekiranya akhbar ini mengenakan bayaran kepada pelawat-pelawatnya, mungkin kita boleh nilai sejauh mana mereka mahu membeli akhbar-akhbar online ini. Ini adalah kerana New York Times (NYT) pernah gagal apabila membuat cubaan kali pertama sebelum ini. Mungkin pada masa itu, tidak keterlaluan jika kita mengatakan orang tidak berminat kepada media pemerintah sebaliknya beralih kepada media pembangkang.
John Morton, penganalisis media mengatakan, “‘The newspaper industry made a big mistake a decade ago when it accepted the false premise that information on the internet needs to be free.”
Sementara, pengkritik Arianna Huffington menyebut, bayaran untuk kandungan online tidak akan berjaya disebabkan persaingan di internet. Katanya, ”Unless you’re selling porn, and especially very weird porn online, subscriptions are a dead loss!”
Posted on Januari 23, 2010, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 1 Komen.
salam teruskan perjungan anda, permohonan dari saya, boleh linkkan blog saya di sini untuk melebarkan lagi dakwah Islam kepada semua umat malaysia yang sekian jauh menyimpang dari ajaran Islam, semoga Allah memberikan rahmat kepada anda yang sudi bekerjasama dengan saya.
http://ustaznoramin.blogspot.com