Kapal selam China menyelam 5,057 meter

GAMBAR fail pada 1 Julai lalu menunjukkan kapal selam China yang berjaya menyelam 5,057 meter di dasar laut di timur laut Lautan Pasifik pada Selasa lalu.

BEIJING – Sebuah kapal selam China menyelam sedalam 5,057 meter dari aras laut untuk mencatat rekod selaman paling dalam pernah dilakukan kapal selam dari negara berkenaan.

Pegawai-pegawai China enggan mendedahkan lokasi sebenar lokasi selaman kapal selam itu yang dikenali sebagai Jiaolong.

Namun, ujian selaman tersebut dipercayai dilakukan di timur laut Lautan Pasifik kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Jiaolong yang berupaya mencapai kedalaman 7,000 meter, membawa tiga orang menuruni dasar lautan sedalam sekitar 5,057 meter semasa ujian selaman itu.

Kejayaan ujian selaman itu membayangkan bahawa kapal selam tersebut mampu sampai lebih 70 peratus ke dasar laut planet Bumi.

Keupayaan teknikal China mencapai kemajuan besar sejak beberapa dekad lalu yang dibuktikan dengan menjadi negara ketiga di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2003.

Seramai 12 lelaki pernah menjejak kaki ke bulan dan 500 lagi berada di angkasa lepas tetapi setakat ini, cuma dua individu iaitu Jacques Piccard dan Don Walsh berjaya sampai ke kawasan lautan paling dalam di dunia yang dikenali sebagai Challenger Deep di Pasifik Barat pada 23 Januari 1960.

Pengarah filem sains fiksyen Avatar, James Cameron merancang untuk menuruti jejak dua penjelajah itu untuk penggambaran sekuel filem tersebut. – Agensi

Wanita Islam Dilarang Bekerja Sebagai GRO Di Kuantan Mulai Tahun Depan

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini Rabu dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkannanti.

Beliau berkata semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

“Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

“Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

“Di samping itu, kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras,” katanya. – BERNAMA

‘Disungkurkan’: Utusan saran Nasharudin sertai Umno

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno. NONEMenulis di ruangan ‘Cuit’ di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian. “Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno. “Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya. Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan. “PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam. “Slogan ‘langkah mayat saya dulu’ begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud. NONE“Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa ‘melangkah mayat’ Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini. Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu. “Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya. Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu. young ulama join umno 250610 02“ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap. “Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi. Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang. “Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.

Akhbar Cetak akan pupus?

New York Times (NYT), akhbar yang berusia 159 tahun, akan mula mengenakan bayaran kepada pembaca. Mulai tahun depan, seseorang hanya boleh membaca sejumlah mukasurat NYT versi online; untuk mengakses selebihnya, sila bayar.

Keputusan itu dibuat kerana NYT berhadapan dengan masalah kemerosotan edaran (circulation) dan kekurangan pendapatan iklan. Pada tahun lalu, gaji wartawan NYT dipotong 5% dan 100 pekerja bilik berita ditamatkan perkhidmatan. NYT ialah akhbar ketiga terbesar edaran (928,000) di Amerika Syarikat; di belakang Wall Street Journal dan USA Today.

Dilema yang dihadapi oleh NYT bukanlah sesuatu yang baru dan terpinggir. Akhbar harian besar di Amerika Syarikat mengalami kemerosotan jualan purata sebanyak 15% pada tahun lepas. Outsell, sebuah firma penyelidikan, menjangkakan purata kemerosotan edaran akhbar Amerika Syarikat pada kadar 3.5% pada tahun ini. Jumlah edaran majalah juga merosot — dari Newsweek kepada Readers Digest.

Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation (ABC), edaran akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada tahun 2009 (Jun), ialah sekitar 160,000 (Berita Harian) dan 170,000 (Utusan Malaysia). Pada tahun 2006, edaran Utusan Malaysia ialah 213,000, manakala Berita Harian mencatatkan angka 203,000.

Adakah ini petanda bahawa semakin ramai yang tidak menyokong kerajaan? Sukar juga untuk memberikan tafsiran demikian. Ini adalah kerana, akhbar-akhbar ini jika dilihat dalam rangking alexa.com, menunjukkan jumlah pelawat yang masih popular. Mungkin yang terlebih hampir ialah, peralihan daripada media cetak kepada media online.

Namun demikian, jika sekiranya akhbar ini mengenakan bayaran kepada pelawat-pelawatnya, mungkin kita boleh nilai sejauh mana mereka mahu membeli akhbar-akhbar online ini. Ini adalah kerana New York Times (NYT) pernah gagal apabila membuat cubaan kali pertama sebelum ini. Mungkin pada masa itu, tidak keterlaluan jika kita mengatakan orang tidak berminat kepada media pemerintah sebaliknya beralih kepada media pembangkang.

John Morton, penganalisis media mengatakan, “‘The newspaper industry made a big mistake a decade ago when it accepted the false premise that information on the internet needs to be free.”

Sementara, pengkritik Arianna Huffington menyebut, bayaran untuk kandungan online tidak akan berjaya disebabkan persaingan di internet. Katanya, ”Unless you’re selling porn, and especially very weird porn online, subscriptions are a dead loss!”

More review

Douglas dedah petua jadi muda

LOS ANGELES -Douglas, 65, yang popular menerusi filem Wall Street memberitahu bahawa dia mendapat bantuan perubatan moden seperti pil Viagra dan Cialis bagi mengekalkan ‘keharmonian’ dalam rumahtangga mereka.

Sejauh mana anda percaya bahawa berita di atas adalah benar? Apa yang anda faham berkenaan berita seumpama ini? Sebenarnya berita ini adalah satu berita yang digunakan oleh syaraikat pengeluar Viagra untuk melariskan jualan mereka. Ini adalah bertujuan supaya orang merasa yakin tanpa sangsi terhadap penggunaan viagra dalam kehidupan berumah tangga.Doktrin perlu disensasikan dengan pelbagai cara agar orang merasa yakin untuk mengambilnya.

Walaupun banyak respon yang mengatakan penggunaan viagra lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, namun setelah keluarnya berita ini, seolah-olah ianya telah berjaya memperbaiki imej tersebut agar orang tetap membelinya!

Anda menggunakan viagra?

Bila Ibu dihalau keluar!

Hari ini hati saya betul-betul tersentuh bila mendengar kisah seoarang ibu yang datang daripada Sarawak, tiba-tiba diherdik oleh anaknya sendiri bila bertemu buat kali pertama setelah berpisah selama tiga tahun.

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni? Bila orang sudah tidak merasa takut dengan Allah, rasa diri dah selesa, sedangkan belum tahu apa nasib merekauntuk 2 atau 3 hari akan datang! Macam-macam boleh berlaku.

Kita menghantar ank ke sekolah setiap hari. Mengapa sistem pendidikan negara kita gagal mendidik generasi baru ini. Tidak cukupkah dengan yuran yang terpaksa kita tanggung sepanjang tahun? Kita juga hantar ke program-program motivasi.

Penyudahnya apa yang kita laburkan selama ini, menjadikan anak-anak kita semakin derhaka kepada kedua ibubapa mereka? Mereka hanya diajar untuk dapatkan kesenangan yang bersifat kebendaan, tetapi gagal melahirkan insan yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Sistem pendidikan negara memerlukan perubahan!

Khutbah Jumaat : Perubahan Alam dan Akhir Zaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda :

إن قبل خروج الدجال ثلاثِ سنوات شداد ، يُصيب الناسُ فيها جوع شديد ، يأمر الله تعالى السماء في السنة الأولى أن تحبس ثلث مطرها ويأمر الأرض أن تحبس ثلث نباتها ، ثم يأمر السماء في السنة الثانية فتحبس ثلثي مطرِها ، ويأمر الأرض أن تحبس ثلثي نباتها ، ثم يأمر السماء في السنة الثالثة فتحبس مطرها كله فلا تقطر قطرة ، ويأمر الأرض فتحبسَ نباتها كله ، فلا تنبت خضراء فلا يبقى ذات ظل إلا هلكت إلا ما شاء الله ، قيل يا رسول : فما يُعيش الناس في ذلك الزمان قال : التهليل والتكبير والتحميد ، ويجري ذلك عليهم مجرى الطعام ” [ رواه بن ماجة وضعفه الألباني ]

Maksudnya : Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal, dunia akan mengalami zaman yang sukar dalam tempoh 3 tahun. Pada tempoh itu, manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat dahsyat. Pada tahun pertama Allah memerintahkan kepada langit agar menahan serta mengurangkan 1/3 hujan, dan memerintahakan kepada bumi agar menahan/mengurangkan 1/3 daripada tanamannya. Pada tahun kedua pula, Allah memerintahkan kepada langit agar menahan/mengurangkan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi agar menahan/mengurangkan 2/3 dari tanam-tanamannya. Pada tahun ketiga pula, Allah memerintahkan kepada langit agar menahan semua air hujannya, lalu ia tidak menitiskan walupun setitik air dan memerintahkan kepada bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu, tidak tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang dikehendaki Allah.  Para sahabat bertanya, ” Dengan apa manusia akan hidup pada saat itu?” Baginda menjawab ” Tahli (La Ila HaIllal ah), Takbir ( Allahu Akhbar) dan Tahmid (Alhamdulillah) akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan.

Hadith di atas mengingat kita agar sedar terhadap segala perubahan alam & iklam yang berlaku di sekeliling kita. Perubahan alam yang tidak menentu pada waktu ini, menyedarkan kepada kita mengenai kebenaran yang pernah dikemukakan oleh baginda sejak 1400 tahun dahulu.


Isu “Kalimah Allah” menyatukan Pas & Kristian?

Ramai orang mempersoalkan sikap Kerajaan yang lambat bertindak menangani Isu Kalimah Allah. Mereka seolah-olah menunggu perkara yang lebih buruk barulah mereka mahu bertindak. Sikap seperti ini tidak disenangi rakyat Malaysia yang berbilang kaum & agama. Kerajaan seolah-olah tidak boleh diharapkan untuk menyelesaikan apa jua isu. Semuanya salah rakyat.

Saya masih ingat beberapa minggu yang lalu bila Kementerian Pendidikan ditanya mengenai kepadatan murid-murid di sekolah-sekolah, ia jawab dengan nada yang selamba bahawa ” ini adalah berpunca daripada sikap ibubapa yang suka menghantar anak mereka  di sekolah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka”. Kita boleh nilai, jawapan seperti ini tidak layak disuarakan oleh seorang Timbalan Menteri yang dibayar gaji & elaunnya oleh rakyat. Rasa membazir sahaja rakyat bayar cukai yang bermacam, penyudahnya rakyat yang salah. Ini bermakna, rakyat kena selesaikan masalah mereka sendiri dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang berjauhan dengan tempat kerja agar masalah kepadatan murid-murid di sekolah dapat diatasi!

Kalau dalam isu yang remeh temeh di atas pun ia jawab dengan nada yang selamba, adakah mereka kita boleh harapkan untuk menyelesaikan isu kalimah Allah yang lebih panas! Orang masih tertunggu bagaimana sikap kerajaan menangani isu ini. Oleh kerana terlalu lambat, akhirnya rakyat sendiri terpaksa turun menyelesaikan isu ini.

Rombongan Pas yang diketuai oleh Presidennya, Mursyidul Am, Dewan Pemuda serta Lajnah Perpaduan Antara Kaum telah melakukan tindakan drastik dengan melawat beberapa buah gereja yang terkena serangan bom petrol!  Sebelum ini amat susah untuk Pas duduk semeja berunding, mengadakan dialog antara agama, sama susahnya untuk Pas memecahkan tembok antara pelbagai bangsa sebelum daripada ini. Mereka sering mendapat gambaran buruk mengenai Pas. Pas sekarang telah berjaya memecahkan temboknya dengan pelbagai bangsa apabila wujudnya Kelab Penyokong Pas yang telah dinaik taraf sebagai Dewan!

MENGADAKAN HUBUNGAN ANTARA AGAMA

Hubungan antara agama iaitu antara Islam & Kristian sedang dalam proses untuk diharmonikan dalam konsep kebebasan agama. Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang beragama selain daripada Islam menganggap Perjuangan yang dibawa oleh Pas akan menghalang mereka untuk melakukan aktiviti ibadah yang mereka lakukan. Bahkan orang Pas mahu pun orang Islam sendiri pun tidak memahami secara jelas.Ramai yang tidak faham mengenai “kebebasan agama” yang dimaksudkan oleh Islam. Salah tafsir mengenai Istilah tersebut dengan makna yang terlalu longgar boleh membawa seseorang itu menjadi murtad. Jika difaham dengan terlalu ketat pula, ia akan menjadi pertingkahan & pergaduhan yang tidak berkesudahan! Ianya mesti difahami dengan tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat iaitu pertengahan antara keduanya.

Isu kalimah Allah ini membuka ruang yang baru kepada Pas untuk mengadakan dialog antara agama. Inilah masa dan peluang yang perlu diambil oleh pas untuk menerangkan konsep pemerintaha Islam di kalangan golongan Kristian. Bagaimana Islam memberikan hak kepada golongan Kristian mahupun golongan yang menganut ajaran-ajaran yang lain dalam konsep dalam sebuah negara. UMNO dan BN telah gagal menangani isu ini, maka Pas perlu memberikan maklumat yang secukupnya untuk menjelaskan keharmonian beragama apabila diberikan ruang memerintah kelak.

TEORI “ISU KALIMAH ALLAH” ADALAH AGENDA UMNO/BN

Saya ada terbaca dalam sebuah blog beberapa minggu yang lalu mengenai teori di atas. Puas saya mencari semula blog tersebut, tetapi tidak jumpa. Jika anda terjumpa boleh memberikan linknya di ruangan komen di bawah. Saya bukan mahu menyokong teori di atas,  ini adalah kerana ianya adalah “satu teori” berdasarkan maklumat semasa serta senario sekeliling. Boleh jadi “ianya benar” dan boleh jadi “ianya tidak benar”. Dunia politik sering bermain dengan teori, persepsi & krisis. Namun ianya masih tiada bukti. Hanya teori sahaja. Dalam Islam menyebut dalam Hadith Nabi S.A.W:

لكن البينة على المدعي واليمين على من أنكر

Maksudnya : Orang yang menuduh mesti mengemukakan bukti, manakala orang yang mahu menolak tuduhan itu mestilah bersumpah.

Ertinya selagi belum ada bukti, ianya masih belum boleh dianggap betul.

JIKA TEORI ITU BETUL

Teori itu menyebut bahawa, setelah mana UMNO/BN gagal memecah-belahkan Pakatan Rakyat melalui pelbagai Isu, dan sentimen perkauman, maka UMNO/BN berpindah kepada plan “B” , iaitu menggunakan sentimen ‘agama” , dengan satu harapan untuk menimbulkan polemik baru antara Pakatan Rakyat yang berbilang agama, bangsa & keturunan supaya mereka berpecah kerana isu agama. Bila berpecah,rakyat akan menganggap Pakatan Rakyat tidak stabil untuk memerintah. Inilah yang diharapkan oleh UMNO seperti yang disebutkan dalam blog tersebut.

Jika teori ini betul, ini berarti bahawa,UMNO/BN bekerja selama ini siang dan malam adalah untuk memberikan ruang yang luas kepada PAS & Pakatan Rakyat menjalinkan hubungan antara agama. UMNO/BN secara suka rela tanpa paksa membantu Pas memecahkan tembok antara agama, apabila apa yang diharapkan seperti dalam teori di atas tidak berlaku, sebaliknya Pas memberikan kebebasan kepada mana-mana agama untuk menggunakan ” Kalimah Allah” . Pas menyatakan pendirian ini dengan tegas . Ianya juga tidak terhenti di situ, bahkan mengajak mana-mana agama untuk berdialog dalam masalah ini.

Oleh kerana tembok ini telah pecah, maka saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO/BN kerana secara sukarela tanpa paksa membantu PAS untuk melebarkan dakwah & penerangan mengenai Islam yang syumul kepada Golongan Kristian. Bila disebut melebarkan dakwah & penerangan mengenai Islam kepada mereka bukan berarti mesti atau mewajibkan kepada mereka menukar agama kepada Islam, tetapi hanya memberikan penerangan yang jelas & sebenar kepada mereka. Tiada paksaan dalam beragama.Apa yang penting, mereka mesti tahu sikap dan keterbukaan Islam bersama agama lain. Islam tidak akan melakukan pengkhianatan, tapi Islam akan bertindak jika sesuatu perjanjian itu dikhianati. Allah S.W.T berfirman Surah Baqarah ayat 256 :

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

Maksudnya : Tiada Paksaan dalam agama!

JIKA TEORI ITU SALAH

Kebijaksanaan mengurus krisis sangat diperlukan bagi pemimpin ummah. Membaca masa depan sangat diperlukan oleh kita. Membaca zaman secara salah akan menimbulkan masalah dalam jemaah. Pengajian mengenai sejarah Islam terutamanya Sirah Baginda S.A.W perlu dioptimumkan. Allah S.W.T telah menyatakan dalam Al-Quran dalam Surah Ali Imran ayat 140  :

وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Ini bearti membaca zaman yang telah lalu, membolehkan kita membaca masa yang akan datang. Kalau tidak mengapa Allah kata:  “apa yang telah lalu menjadi pengajaran kepada kita pada hari ini”

Firmannya lagi dalam Surah Al-Hasr ayat 18:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya yang telah lalu) untuk hari esok (hari akhirat-masa depan)

Mungkin ini adalah merupakan ruang yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam, agar mereka dapat menajamkan akal fikiran, banyakkan membaca buku-buku perbandingan agama seperti yang dikarang oleh Imam Al-Shahrastani. Mengikuti kaedah dakwah yang pernah dilalui oleh ulama’ terdahulu. Mempelajari apa yang telah dirintis oleh ulama’ terdahulu, membuka ruang kepada kita untuk menguruskan krisis masa depan!

Ini adalah kerana ” CRISIS IS BUSSINES”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.